Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

SELAMAT DATANG KE ADAM'S STORE... PASTIKAN ANDA SENTIASA MENJENGAH BLOG INI UNTUK MELIHAT TAWARAN2 HEBAT... KAMI MENJUAL...

MINAT UNTUK JADI RESELLER ..SILA SMS/EMAIL UNTUK KETERANGAN LANJUT...

COOLABABY POCKET (button dan velcro), COOLABABY AIO, BABYLAND PRINTED, DYANA CD, QQ BABY SNAZZY MINKY, QQ BABY PLAIN, LUNATOTS, WASHABLE LINERS, WET BAG, WASHING BAG, BUSHA LEGGING, BABY GAP CLOTHES , CARTERS CLOTHES & many many many...

09 March 2010

cloth diaper

Posted by -Mr.FiQ & Mrs. FiQ- at 4:06 PM

Cloth diaper


Apa itu cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya cloth diaper ialah lampin kain. Dengan kata lain, CD ialah lampin kain yang telah di‘upgrade’ sesuai dgn peredaran zaman sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Paling penting, CD boleh dibasuh dan dipakai semula. Terdapat beberapa jenis CD masa kini, antara yg banyak digunakan adalah pocket diaper, fitted, all-in-one (AIO) dan juga all-in-two (AI2).

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang dan kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kpd bahan kimia yg terkandung dlm lampin pakai buang. CD juga mengurangkan masalah ruam lampin dan gatal di kalangan bayi.

Kelebihan yang lain?

CD adalah one-size iaitu sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 thn (dari 3 -13kg) ataupun saiz S, M dan L dalam satu. Jadi, beli sekali tahan 3 tahun dan boleh disimpan utk anak yg seterusnya (bergantung pada cara penjagaan dan pengendalian juga). Selain itu, bayi juga lebih cepat belajar buang air di tandas (early potty training). CD kini tampil dgn pelbagai rekaan, warna dan corak yg sangat menarik. Fitting dan cuttingnya juga cantik dan kemas serta selesa dipakai. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Juga mudah saja dibasuh dan cepat kering kerana diperbuat drpd kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit bayi.

Senang tak pakai?


Senang saja. Hanya perlu masukkan insert ke dalam poket (untuk jenis pocket diaper) dan pakaikan CD tersebut pada bayi, sama macam kita pakaikan lampin pakai buang. Kalau yg AIO tak perlu masukkan insert kerana insert dah dijahit sekali dalam diapers, jadi boleh terus pakaikan pada baby. Mudah bukan?!!

Macam mana nak basuh?

CD dibuat daripada kain, jadi sama sahaja seperti pakaian anak anda (yg perlu dibasuh). CD boleh dibasuh tangan atau dgn mesin basuh. Yang penting, buang segala kotoran dahulu dan gunakan sabun yg sesuai, iaitu yg tidak mengandungi enzim, peluntur dan pelembut. Ramai yg menggunakan sabun Pureen HAD, kerana sgt lembut pada kulit bayi dan bersifat hypo-allergenic. Takpun hanya gunakan sabun serbuk 'murahan' yg very basic! CD juga mesti dibilas dgn air yg mencukupi (supaya tiada kesan sabun). Itu saja!! Utk maklumat lanjut sila rujuk panduan penggunan dan cara basuh (di Info CD). Oh ya, paling penting CD mesti di'pre-wash' terlebih dahulu sebelum digunakan... jgn lupa!!

Kenapa perlu bertukar kepada cloth diaper?


1. Lebih sihat dan selamat untuk bayi (berbanding lampin pakai buang yg mengandung bahan kimia berbahaya)...
2. Menjimatkan. Sangat menjimatkan!!!
2. Sebagai satu sumbangan (yg besar juga sebenarnya) kepada
alam sekitar.

Tahukah anda seorang bayi menggunakan sehingga 7000 lampin pakai buang???
Tahukah anda lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di seluruh dunia setiap hari?? (Bayangkan berapa banyak ruang/ tanah yg diperlukan utk melupuskannya!!)
Tahukah anda sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun utk terurai sepenuhnya??

Nota: Lampin pakai buang sangat tidak menyumbang kepada alam sekitar, dah la berapa byk pokok yg ditebang utk membuat lampin pakai buang, dan lampin pakai buang yg telah digunakan pula mengambil masa yg sgt lama utk dilupuskan. Fikir-fikirkan....

4. Keselesaan bayi. Memakai kain yg sangat lembut adalah lebih selesa daripada memakai kertas dan plastik!!!
5. Lebih natural. Ini kerana bayi sepatutnya berasa basah apabila basah, bukan berasa kering sentiasa (hingga tak tahu bagaimana rasanya basah!!). Jgn lupa, dry doesn't mean clean!! CD moden pun direka supaya dapat menyerap byk basahan dlm masa yg sama bayi berasa kering (dgn lapisan fleece), namun bayi tetap akan rasa kedinginan semulajadi... Dengan itu juga anak anda cepat belajar buang air di tandas.... (dah ada kajian psl ni).

6. Mengarah kepada natural parenting/ attachment parenting (keibubapaan alami) ~ dgn matlamat 'back to nature' utk lebih sihat dan selamat, serta 'strong bonding between parents and baby', sama seperti breastfeeding, babywearing, co-sleeping, homemade food, homeschooling dll. Mmg s
ekarang ni manusia pakat mahu kembali kepada gaya hidup yg lebih sihat dan natural (seboleh mungkin cuba elakkan semua yg ada unsur chemical/ tambahan/ tidak natural dan tak selamat).....
7. Gaya baru, trend terkini... Satu fenomena yg sedang melanda dunia, tentu anda tidak mahu ketinggalan bukan??? Benda baik ~sgt baik tak salah kita ikut.... walaupun yg memulakannya kembali adalah orang putih!!!

Berapa yang anda boleh jimat?

Cuba kira, berapa keping lampin pakai buang (DD) yg digunakan sehari x harga sekeping x 365 hari setahun x 3 tahun…

Katakan 6 x 0.50 x 365 x 3 = RM 3285 untuk seorang anak!!

Itu adalah jika anda gunakan DD jenama biasa, bukan MamyPoko ataupun DryPantz yg berharga hampir seringgit sekeping dan kiraan utk 6 keping sehari...

Bagaimana jika anak anda menggunakan lebih dari 6 keping sehari?? Bagaimana jika umur 3 tahun anak anda belum boleh ke tandas sendiri lagi... dan bagaimana jika anda mempunyai lebih dari seorang anak yg memakai diapers serentak??? Anda tentu lebih bijak utk membuat perhitungan ini!!

Jadi sekiranya anda beli 10 CD, kosnya barulah 10 x RM 35 (harga anggaran 1 CD) = RM350. Kalau 20 CD = RM700

Jadi anda masih lagi jimat RM2585. Banyak bukan??

Kos CD adalah one-off expenses, maknanya anda hanya perlu keluarkan sekali sahaja belanja dan CD tersebut juga boleh disimpan utk anak yg seterusnya. Jadi anda tidak perlu keluarkan belanja yg besar lagi utk lampin anak anda!! Satu penjimatan yg cukup hebat!!

Berapa yang perlu ada?

Terpulang kepada anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba 1, 2 atau 3 dan boleh tambah sedikit demi sedikit. Jika anda mahu berCD utk siang hari sahaja (sbg permulaan), anda perlu ada sekurang-kurangnya 8 CD (supaya sempat basuh untuk dipakai semula). Lebih baik ada 10-12 CD dan ada yg menyarankan 15 hingga 20 CD (lagi banyak yg anda ada, lagi panjang jangka hayat setiap CD)... dan anda juga boleh basuh 2-3 hari sekali!! Biasanya seorang bayi/ kanak-kanak memakai 5-7 keping CD dalam sehari (sama seperti lampin pakai buang yg sepatutnya perlu ditukar 3-4 jam sekali).


CARA BASUH CD

Cara basuh sama jer ngan MOMMIES2 di luar sana,
mulakan dengan langkah pertama,

1. Bila anda dapat sahaja CD anda, silalah basuh dahulu cloth diaper AIO anda sekurang-kurangnya 3 kali prewash (terpulang kepada anda) sebelum pertama kali hendak digunakan. Harus anda ingat, semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elak leaking. Bila dah banyak kali basuh nanti, Insyallah prestasi CD akan akan bertambah baik. Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitive. Saya guna sabun Pureen Had ni sbb sesuai utk kulit bayi & yg penting tiada enzim pewangi/pemutih.


Jika nak basuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti berserabut CD anda jadinya) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitannya agar tdk rosak). Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


Jika berpoo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo. Kadang-kadang mama letak bawah air paip yang deras, poo poo tu mengalir ke lubang dalam tandas. Ikut korang la nak buat macam mana yer janji poo poo anak anda di alirkan ke tempat yang betul, he3…kang tetiba hubby pengsan terkejut plak nengok berlonggok poo poo yg kehijauan, kekuningan . Kadang2 saya rendam dalam besen dulu. He3... sape yang rajin rendam la dalam air suam.. konon2 bg kuman mati... tak kesah sebenarnye.. Pastu baru lempar masuk mesin sekali ngan CD kena pee pee yg dah dibilas.

AMARAN:
JANGAN sesekali anda masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper.

Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

Ni nak berpesan pd anda yang baru nak mula ber CD ni, jangan rendam CD anda tu jika belum tiba masa anda nak membasuh. Ini kerana CD itu bertujuan menampung air dr pee pee anak anda sahaja, bukan menampung selain dr itu. Di bimbangi jika anda rendam terlalu lama, akan ada bau hancing pada CD anda .

selamat mencuba ya !!

0 comments:

Post a Comment

mummyADAMdanCD

Borang Tempahan

Nama:
Alamat :
No Tel :
Email :
Jenis Barang : CD Coolababy (Snap Button)
CD Coolababy (Velcro)
CD Coolababy (AIO)
CD Babyland Printed
CD QQ Baby (Plain)
CD QQ Snazzy Minky
CD Dyana
CD Lunatots Button
CD Lunatots Velcro
CD Lunatots AIO
CD Lunatots Wording
CD Lunatots Printed
Busha Legging
Busha Animal Socks
Rattling Socks
Insert QQ Baby
Insert Coolababy

Detail order (nyatakan warna dan bilangan)- sila rujuk blog untuk mengetahui warna yang masih ada.
Kaedah Pembayaran :
Kaedah Penghantaran :
Saya bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera dan segala pembelian tidak akan dipulangkan kembali : Setuju

Get your own free form like this one.
 

aDaM's aNd hiS cLoTh diApErs Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez